Dikemaskini pada : 8/8/15

Alamat Rumah:

NO:426 KG.TERSUSUN BATU 5,TAMBUN
31400 IPOH PERAK.

Pesanan.

8. Alifah & Manap akan menunaikan umrah bermula 18/12 - 30/12/14 - terkini.

7. Yong akan mengadakan majlis doa selamat & tahlil sempena masuk rumah baru di Kuala Kangsar pada 22/2/14 jam 5.30 ptg.

6. Ayah,Wan Ismail,Wan Ubaidullah & Wan Zamani akan berangkat menunaikan umrah pada 8/1/14 , didoakan agar semuanya berjalan dengan lancar,selamat berangkat & selamat kembali.

5. Takziah diucapkan buat keluarga Ayah Yob Kampar kerana Shakir telah kembali ke rahmatullah pada 29/10/13 kerana serangan jantung.

4. Tahniah kpd Ubai & Zurina kerana baru mendapat cahaya mata yg ke-2,lelaki pada 9/4/13 (Selasa).

3.Mak Nyah (isteri kpd sepupu Ayah-Ayah Nyah) telah kembali ke rahmatullah pada petang 26/3/13 (Selasa) dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg.Ketior pada 27/3/13 jam 11 pagi.Semoga roh Mak Nyah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,amin - AL-FATHAH


2. Selamat pengantin baru utk Liana & Wan (anak Cu Teluk Intan) - 8/12/12

1.Mak Da telah kembali ke rahmatullah pada tengah hari 9/11/12 (Jumaat) dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Pekan Tambun selepas solat asar pada hari yg sama.Semoga roh Mak Da ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,amin - AL-FATHAH

Mak Da dalam kenangan.

Mak Da dalam kenangan.
9/11/12 - 10.30 pagi di rumah Tambun.

Wednesday

Rombongan berhari raya.

Selepas solat sunat aidilfitri,keluarga Wan Aun telah bergerak ke Pengkalan Pegoh untuk menziarahi keluarga Wan Yong (sebelum ni di Kg.Melayu) untuk berhari raya.

Selepas berhari raya di rumah Wan Yong kami semua bergerak ke Kg.Menora Dalam,Kuala Kangsar.Rumah pertama kami singgah adalalah rumah mertua Ubai.Selesai rumah mertua Ubai kami terus ke rumah Ayah Nyah bersebelahan dengan rumah mertua Ubai.

Gambar anak Zamani ( Wan Ahmad Nashrullah) bersama Opah Da.
Selesai beraya di rumah Ayah Nyah,kitorang bergerak ke rumah Wak Dollah yang tak berapa jauh dari rumah Ayah Nyah.Makanan 'tetap' di rumah Wak Dollah adalah satay!...meriah betul cucu-cucu Wan Aun semasa berada di rumah Wak Dollah...dapat makan satay sepuas-puasnya...

Selepas puas makan satay,kitorang bergerak ke rumah Yong untuk berehat.Last sekali sebelum berangkat ke Tambun,kami semua pergi melawat Opah di belakang Masjid Ubudiah,tapi sayang Opah takde kat rumah...kitorang dapat berjumpa dengan anak opah je...Lepas solat maghrib,terus balik ke Tambun.

No comments:

IKLAN.

Bengkel mengecat kereta-WZ 2K SPRAY PAINTING.

.

Bengkel mengecat kereta.

Pihak kami menawarkan harga yang berpatutan.Jika berminat sila hubungi En.Wan Mohd Zamani ( 019-4802774 ) yg beralamat :
426 KG.TERSUSUN BATU 5 TAMBUN,34100 IPOH PERAK.

Pakej gambar perkahwinan.

Sesi Fotografi Majlis Perkahwinan.

Jika berminat sila hubungi :

Zon Tengah.(Ipoh).-fotografi sahaja.

En.Abd.Manap ( 013-4388638 )

Untuk maklumat lanjut sila klik:
http://manaphotography2u.blogspot.com