Dikemaskini pada : 8/8/15

Alamat Rumah:

NO:426 KG.TERSUSUN BATU 5,TAMBUN
31400 IPOH PERAK.

Pesanan.

8. Alifah & Manap akan menunaikan umrah bermula 18/12 - 30/12/14 - terkini.

7. Yong akan mengadakan majlis doa selamat & tahlil sempena masuk rumah baru di Kuala Kangsar pada 22/2/14 jam 5.30 ptg.

6. Ayah,Wan Ismail,Wan Ubaidullah & Wan Zamani akan berangkat menunaikan umrah pada 8/1/14 , didoakan agar semuanya berjalan dengan lancar,selamat berangkat & selamat kembali.

5. Takziah diucapkan buat keluarga Ayah Yob Kampar kerana Shakir telah kembali ke rahmatullah pada 29/10/13 kerana serangan jantung.

4. Tahniah kpd Ubai & Zurina kerana baru mendapat cahaya mata yg ke-2,lelaki pada 9/4/13 (Selasa).

3.Mak Nyah (isteri kpd sepupu Ayah-Ayah Nyah) telah kembali ke rahmatullah pada petang 26/3/13 (Selasa) dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg.Ketior pada 27/3/13 jam 11 pagi.Semoga roh Mak Nyah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,amin - AL-FATHAH


2. Selamat pengantin baru utk Liana & Wan (anak Cu Teluk Intan) - 8/12/12

1.Mak Da telah kembali ke rahmatullah pada tengah hari 9/11/12 (Jumaat) dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Pekan Tambun selepas solat asar pada hari yg sama.Semoga roh Mak Da ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,amin - AL-FATHAH

Mak Da dalam kenangan.

Mak Da dalam kenangan.
9/11/12 - 10.30 pagi di rumah Tambun.

Saturday

Majlis resepsi di Tambun.

14/3/10-(Ahad) majlis resepsi telah berlangsung di No.426 Kg.Tersusun Batu 5 Tambun,Ipoh.
Lebih kurang jam 1.30 ptg pihak rombongan pengantin telah sampai.Majlis berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah.

Majlis cukur jambul.

14/3/10-Sempena majlis kenduri Zamani,Ubai & Zurina telah mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis cukur jambul bagi anak sulung mereka Wan Nur Alya.Majlis dimulai dengan bacaan marhaban,seterusnya majlis cukur jambul.Memang meriah sekali majlis tersebut kerana ia julung kali diadakan.

Majlis kenduri.

13/3/10-Majlis kenduri di rumah perempuan begitu meriah sekali.Paluan kompang telah menyambut kedatangan pihak pengantin lelaki.Begitu ramai tetamu yang datang ke majlis tersebut.

Rumah pengantin perempuan.

Selepas selesai majlis akad nikah,rombongan pengantin lelaki terus bergerak ke rumah pengantin perempuan yang tidak jauh dari Masjid Pengkalan Pegoh.Di rumah pengantin perempuan pihak lelaki telah disambut dengan meriah sekali.Selesai bergambar ahli rombongan menjamu selera.

Majlis pernikahan Zamani.

12/3/10-Jumaat,alhamdulillah jam 3.00 ptg Zamani telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Rozida @ Ogy di Masjid Pengkalan Pegoh,Ipoh.Majlis tersebut sebenarnya disertai oleh 8 lagi pasangan,majlis ini telah dibuat serentak sebanyak 9 pasangan.Meriah sungguh majlis tersebut yang mana masjid tersebut didapati penuh sesak dengan saudara mara dan sahabat handai bagi pasangan masing-masing.Dengan sekali lafaz Zamani telah sah menjadi suami kepada Rozida.
p/s: Tahniah dari kami semua,semoga kekal sepanjang hayat.

IKLAN.

Bengkel mengecat kereta-WZ 2K SPRAY PAINTING.

.

Bengkel mengecat kereta.

Pihak kami menawarkan harga yang berpatutan.Jika berminat sila hubungi En.Wan Mohd Zamani ( 019-4802774 ) yg beralamat :
426 KG.TERSUSUN BATU 5 TAMBUN,34100 IPOH PERAK.

Pakej gambar perkahwinan.

Sesi Fotografi Majlis Perkahwinan.

Jika berminat sila hubungi :

Zon Tengah.(Ipoh).-fotografi sahaja.

En.Abd.Manap ( 013-4388638 )

Untuk maklumat lanjut sila klik:
http://manaphotography2u.blogspot.com