Dikemaskini pada : 8/8/15

Alamat Rumah:

NO:426 KG.TERSUSUN BATU 5,TAMBUN
31400 IPOH PERAK.

Pesanan.

8. Alifah & Manap akan menunaikan umrah bermula 18/12 - 30/12/14 - terkini.

7. Yong akan mengadakan majlis doa selamat & tahlil sempena masuk rumah baru di Kuala Kangsar pada 22/2/14 jam 5.30 ptg.

6. Ayah,Wan Ismail,Wan Ubaidullah & Wan Zamani akan berangkat menunaikan umrah pada 8/1/14 , didoakan agar semuanya berjalan dengan lancar,selamat berangkat & selamat kembali.

5. Takziah diucapkan buat keluarga Ayah Yob Kampar kerana Shakir telah kembali ke rahmatullah pada 29/10/13 kerana serangan jantung.

4. Tahniah kpd Ubai & Zurina kerana baru mendapat cahaya mata yg ke-2,lelaki pada 9/4/13 (Selasa).

3.Mak Nyah (isteri kpd sepupu Ayah-Ayah Nyah) telah kembali ke rahmatullah pada petang 26/3/13 (Selasa) dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg.Ketior pada 27/3/13 jam 11 pagi.Semoga roh Mak Nyah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,amin - AL-FATHAH


2. Selamat pengantin baru utk Liana & Wan (anak Cu Teluk Intan) - 8/12/12

1.Mak Da telah kembali ke rahmatullah pada tengah hari 9/11/12 (Jumaat) dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Pekan Tambun selepas solat asar pada hari yg sama.Semoga roh Mak Da ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,amin - AL-FATHAH

Mak Da dalam kenangan.

Mak Da dalam kenangan.
9/11/12 - 10.30 pagi di rumah Tambun.

Friday

Nur Khairina genap sebulan.

Semalam, 18/12/08 genaplah usia Nur Khairina sebulan.Beratnya pun dah makin bertambah 4.5 kg.Kesihatannya alhamdulillah,baik.Khairina juga baru je kena suntikan setelah berumur sebulan di Klinik Kesihatan Putrajaya pada 17/12/08.Boleh tahan juga Khairina punya jeritan semasa kena 'cucuk'.Malamnya Khairina agak meragam,mungkin tak selesa sebab siangnya kena 'cucuk'.

Majlis cukur rambut-Nur Khairina

Pada 12/8/08 telah berlangsung majlis cukur rambut Nur Khairina yg berlangsung di Bagan Baharu Selama Perak.Majlis tersebut dimulakan dgn majlis bacaan doa kesyukuran dan seterusnya majlis cukur rambut yg dilakukan oleh bidan kampung Bagan Baharu iaitu Mak Ngah Jah.Anak yg pertama dan kedua juga dicukur oleh Mak Jah. Alhamdulillah cukur rambut tersebut telah mengambil masa lebih kurang 1/2 jam,ini disebabkan Khairina 'tidak duduk' diam.
p/s: Kepada Mak Jah,terima kasih daun keladi.

Majlis Korban di Selama - (Manap).

Alhamdulillah tahun ni dapat juga kitorang adik beradik bersama-sama buat majlis korban untuk anak-anak pada 9/12/08.Saya ambil 3 bahagian,Amy(adik) 2 bahagian,Ya (abg) 1 bahagian & Kak Ton 1 bahagian.Daging lembu tersebut telah kitorang masak dan jemput satu kampung utk datang makan pada hari raya korban yg ke-2.Memang meriah.Lembu kitorang beli di Ulu Sepetang,Taiping.Penyembelihannya juga dilakukan di kandang lembu tersebut (kandang lembu tersebut lengkap dgn tempat penyembelihan).

Wednesday

Majlis 'buka hadiah'.

Acara ini merupakan acara tetap bagi keluarga Wan Aun,yang dilakukan pada sebelah malamnya.Bagi sesi kali ini Ubai terpaksa menjalankannya pada sebelah siang keesokkan harinya.Ini disebabkan beberapa perkara yg tidak dapat dielakkan.hadiah yg Ubai dan isteri dapat,boleh tahan la juga...

Nur Khairina makin sihat.

Alhamdulillah,hari ni dah masuk 15 hari Khairina lahir.keadaannya bertambah sihat,berat sekarang dah meningkat kpd 3.75 kg dari 3.36 kg.Alhamdulillah juga kerana Khairina dah pun bebas drp penyakit kuning yg telah menyerang beliau pada hari ke-4 kelahirannya.Raya Haji ni Khairina akan 'cukur rambut' di rumah datuk dan neneknya di Bagan Baharu,Selama Perak sempena majlis korban pada hari raya ke-2 nanti.

Monday

Majlis perkahwinan Wan Ubaidullah.

Pada 22/11/08,telah berlangsung majlis persandingan Wan Ubaidullah & Zurina Hafsah.Alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar.Terima kasih diucapkan buat semua yg telah terlibat dari sebelum majlis hingga selesai majlis tersebut.
p/s: selamat pengantin baru dari kami semua.






Wednesday

Alifah telah selamat bersalin.

Alhamdulillah akhirnya tercapai juga hasrat untuk memiliki seorang anak perempuan.Telah selamat dilahirkan di Hospital Putrajaya pada 18/11/08 pada jam 8:44 am dgn berat 3.36 kg..Baby telah diberi nama Nur Khairina yg bermaksud 'Cahaya Kebajikan'.

Monday

Saguhati-kategori Prasekolah.

Sekolah Amar,SKPP 8(1) telah mendapat tempat saguhati dalam acara berjalan kaki.Kumpulan mereka telah membawa pulang wang saguhati sebanyak RM 100.
Tahniah diucapkan.

Walkathon '08.

Acara Walkathon '08,Fun in the Parks yg berlangsung di Taman Botani,Putrajaya pada 9/11/08.Peserta-pesertanya terdiri daripada pelajar-pelajar P rasekolah,Sekolah Rendah & Sekolah Menengah.Acara ini bermula di Taman Putra Perdana dan berakhir di Taman Botani,di mana pelajar-pelajar dikehendaki berjalan kaki dalam kumpulan masing-masing.Ramai pelajar yg terlibat dalam acara ini yg ditaja oleh Bank Rakyat dan kumpulan Utusan.
Gambar ini diambil bersama guru pengiring Prasekolah SKPP 8(1), Pn.Hafilah.Amar berdiri sebelah kiri sekali.

Penyampaian Sijil Graduasi.

Sebanyak 8 buah Prasekolah telah terlibat,SKPP 11(3),SKPP 8 (1),SKPP 8 (2),SKPP 9 (2),SKPP 16 (1),SKPP 16(2),SKPP 9(1) dan SKPP 11 (1).Majlis ini berlangsung dalam dua sesi dan Amar dari SKPP 8(1) terlibat sesi 1.Majlis tersebut telah berlangsung dalam suasana yg agak meriah.

Majlis Graduasi Prasekolah Putrajaya.

Pada 8/11/08 , Amar menghadiri majlis graduasi bagi pelajar-pelajar Prasekolah di Putrajaya.Majlis ini telah berlangsung di Auditorium Parcel E (Kementerian Pelajaran M'sia,Putrajaya).Majlis telah bermula jam 8.30 pagi.

Wednesday

Gambar kenangan....

Gambar ni diambil di sekitar Putrajaya.Kitorang ambil sebelah pagi,itu sebab gambarnya nampak agak cantik.

Friday

Konvokesyen UPM ke-32

Inilah antara impian aku selepas keluar dr maktab dan alhamdulillah ianya termakbul.Setelah 3 tahun bersusah payah,siang jadi cikgu,malam jadi anak murid (Kelas Eksekutif B.A Bahasa & Linguisti Melayu-UPM) akhirnya pada 22/10/08 aku berjaya dapat naik di atas pentas utama di Dewan Besar UPM.Sebenarnya aku tamat pengajian bulan Okt.'07 lagi,cuma majlis konvo je lewat setahun.Majoriti kelas aku ni geng-geng yg dah berumur,90% adalah terdiri drp guru-guru sekitar Lembah Klang.Ada guru besar,GPK dan Pegawai dr PPD.Aku adalah antara yg termuda dlm kelas tsb.Majlis konvo ni telah disempurnakan oleh Yg.Bhg.Tan Sri Dato' Rozali b.Ismail (Pro Canselor) yg juga merupakan pengerusi SYABAS.Jutaan terima kasih aku ucapkan buat mak & ayah aku,keluarga mertua,
keluarga aku-isteri dan anak-anak yg sama-sama turut berkorban masa,tenaga dan wang ringgit demi mendapatkan segulung ijazah.

Konvokesyen UPM ke-32

Gambar selepas majlis konvokesyen.

Sunday

Hari lahir Amar.

Selamat menyambut hari lahir yg ke-6 untuk Muhammad Amar Diniy.Kalau dilihat dari gambar yg kecil,seolah-olah Amar Irham yg sambut hari lahir,dia pula yg sibuk-sibuk nak tiupkan lilin,kempunan Amar Diniy tak dapat tiup lilin... Selamat menyambut hari lahir yg ke-6 untuk Muhammad Amar Diniy.Kalau dilihat dari gambar yg kecil,seolah-olah Amar Irham yg sambut hari lahir,dia pula yg sibuk-sibuk nak tiupkan lilin,kempunan Amar Diniy tak dapat tiup lilin...


IKLAN.

Bengkel mengecat kereta-WZ 2K SPRAY PAINTING.

.

Bengkel mengecat kereta.

Pihak kami menawarkan harga yang berpatutan.Jika berminat sila hubungi En.Wan Mohd Zamani ( 019-4802774 ) yg beralamat :
426 KG.TERSUSUN BATU 5 TAMBUN,34100 IPOH PERAK.

Pakej gambar perkahwinan.

Sesi Fotografi Majlis Perkahwinan.

Jika berminat sila hubungi :

Zon Tengah.(Ipoh).-fotografi sahaja.

En.Abd.Manap ( 013-4388638 )

Untuk maklumat lanjut sila klik:
http://manaphotography2u.blogspot.com