Dikemaskini pada : 8/8/15

Alamat Rumah:

NO:426 KG.TERSUSUN BATU 5,TAMBUN
31400 IPOH PERAK.

Pesanan.

8. Alifah & Manap akan menunaikan umrah bermula 18/12 - 30/12/14 - terkini.

7. Yong akan mengadakan majlis doa selamat & tahlil sempena masuk rumah baru di Kuala Kangsar pada 22/2/14 jam 5.30 ptg.

6. Ayah,Wan Ismail,Wan Ubaidullah & Wan Zamani akan berangkat menunaikan umrah pada 8/1/14 , didoakan agar semuanya berjalan dengan lancar,selamat berangkat & selamat kembali.

5. Takziah diucapkan buat keluarga Ayah Yob Kampar kerana Shakir telah kembali ke rahmatullah pada 29/10/13 kerana serangan jantung.

4. Tahniah kpd Ubai & Zurina kerana baru mendapat cahaya mata yg ke-2,lelaki pada 9/4/13 (Selasa).

3.Mak Nyah (isteri kpd sepupu Ayah-Ayah Nyah) telah kembali ke rahmatullah pada petang 26/3/13 (Selasa) dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg.Ketior pada 27/3/13 jam 11 pagi.Semoga roh Mak Nyah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,amin - AL-FATHAH


2. Selamat pengantin baru utk Liana & Wan (anak Cu Teluk Intan) - 8/12/12

1.Mak Da telah kembali ke rahmatullah pada tengah hari 9/11/12 (Jumaat) dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Pekan Tambun selepas solat asar pada hari yg sama.Semoga roh Mak Da ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,amin - AL-FATHAH

Mak Da dalam kenangan.

Mak Da dalam kenangan.
9/11/12 - 10.30 pagi di rumah Tambun.

Monday

Pesta Floria Putrajaya 2010.

10/7/10-Pesta Floria Putrajaya 2010 kembali lagi.Lepas solat asar terus kitorang ke sana,lebih kurang 15 minit dari rumah.Pada tahun ini ianya lebih menarik dengan pelbagai jenis bunga,naik rambang mata dibuatnya.Gambar Alifah di hadapan gubahan lanskap bunga sekolah beliau yang turut terlibat di dalam pertandingan gubahan bunga kategori sekolah rendah.
Alhamdulillah,tahun ni berjaya mendapat tempat pertama setelah tidak berjaya pada tahun lepas.
Sebahagian daripada pokok bunga orkid yang dipamerkan.

Ping-Pong...

16/6/10-Sebuah meja ping-pong telah dibeli bagi menjalankan aktiviti sukan sempena cuti sekolah apabila anak-anak dan cucu-cucu balik ke Tambun.Rata-rata pemain mempunyai skill tersendiri,termasuklah Irham dan Amar.
Sejak dah agak pandai main ni makan dan tidur,Irham dan tak berapa nak peduli...Diharapkan suatu hari nanti dia dapat mewakili negara tidak pun setakat wakil sekolah pun dah kira ok...

Anak Ubai.

Wan Nur Alya telah pun berusia 6 bulan dan sedang rancak berjalan menggunakan 'walker'.Khairina tumpang sekaki sebab diorang sekarang dah boleh berkawan....

IKLAN.

Bengkel mengecat kereta-WZ 2K SPRAY PAINTING.

.

Bengkel mengecat kereta.

Pihak kami menawarkan harga yang berpatutan.Jika berminat sila hubungi En.Wan Mohd Zamani ( 019-4802774 ) yg beralamat :
426 KG.TERSUSUN BATU 5 TAMBUN,34100 IPOH PERAK.

Pakej gambar perkahwinan.

Sesi Fotografi Majlis Perkahwinan.

Jika berminat sila hubungi :

Zon Tengah.(Ipoh).-fotografi sahaja.

En.Abd.Manap ( 013-4388638 )

Untuk maklumat lanjut sila klik:
http://manaphotography2u.blogspot.com