Dikemaskini pada : 8/8/15

Alamat Rumah:

NO:426 KG.TERSUSUN BATU 5,TAMBUN
31400 IPOH PERAK.

Pesanan.

8. Alifah & Manap akan menunaikan umrah bermula 18/12 - 30/12/14 - terkini.

7. Yong akan mengadakan majlis doa selamat & tahlil sempena masuk rumah baru di Kuala Kangsar pada 22/2/14 jam 5.30 ptg.

6. Ayah,Wan Ismail,Wan Ubaidullah & Wan Zamani akan berangkat menunaikan umrah pada 8/1/14 , didoakan agar semuanya berjalan dengan lancar,selamat berangkat & selamat kembali.

5. Takziah diucapkan buat keluarga Ayah Yob Kampar kerana Shakir telah kembali ke rahmatullah pada 29/10/13 kerana serangan jantung.

4. Tahniah kpd Ubai & Zurina kerana baru mendapat cahaya mata yg ke-2,lelaki pada 9/4/13 (Selasa).

3.Mak Nyah (isteri kpd sepupu Ayah-Ayah Nyah) telah kembali ke rahmatullah pada petang 26/3/13 (Selasa) dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg.Ketior pada 27/3/13 jam 11 pagi.Semoga roh Mak Nyah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,amin - AL-FATHAH


2. Selamat pengantin baru utk Liana & Wan (anak Cu Teluk Intan) - 8/12/12

1.Mak Da telah kembali ke rahmatullah pada tengah hari 9/11/12 (Jumaat) dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Pekan Tambun selepas solat asar pada hari yg sama.Semoga roh Mak Da ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,amin - AL-FATHAH

Mak Da dalam kenangan.

Mak Da dalam kenangan.
9/11/12 - 10.30 pagi di rumah Tambun.

Tuesday

Birthday Rina...

18/11/09-Sambutan hari ulangtahun yang pertama untuk Nur Khairina.Kitorang sambut di Dataran Masjid Putra.Hanya jemput Paksu dan Rosni je,makan kek dan minum air soya jagung...


Saturday

Mandi sungai lagi

7/11/09-Perkhemahan motivasi SK.Putrajaya 8(1)-sekolah Alifah,telah diadakan di Kem Rimba Alam di Sg.Congkak untuk murid-murid tahun 5.Seramai 80 rang pelajar telah mengikuti kem ini.Sementara diorang buat aktiviti sempat lagi kitorang pergi mandi sungai di Kg.Pangsun lebih kurang 3 km dari Sg.Congkak.Airnya fuh!....memang sejuk dan segar.

Makan durian...

1/11/09-Dusun durian di Kg.Kota Raja Bersiong,Ijok Perak.Kesempatan ke dusun durian semasa balik kampung untuk melawat Pak Su Silah yang telah meninggal pada 31/10/09 telah digunakan sebaik mungkin oleh Irham dan Amar untuk mengutip buah durian.Kitorang pergi ke dusun pada pagi Ahad 1/11/09,puas la kitorang makan buah durian...tengaharinya kitorang terus ke Tambun Ipoh dan 8.30 malam kitorang terus bertolak balik ke Putrajaya.

Sunday

Selamat Hari Lahir...

18/10/09-Masjid Putra,Putrajaya-Sambutan hari lahir Amar yg ke-7,sepatutnya dibuat pada 15/10/09 memandangkan pada tarikh tersebut kitorang semua sibuk sangat hal sekolah disamping Irham pun baru je sihat,terpaksa ditunda dan hari ni bertempat di tepi dataran Masjid Putra,Amar dapat la potong kek seperti yg dihajatinya sebulan sebelum ini.Nak dijadikan cerita,Irham pun sibuk sama nak potong kek Amar(sama seperti tahun-tahun lepas),last sekali mengamuk...habis kek rosak!...frust Amar,takpe la Amar lain kali Irham dah besar sikit dia faham la...Selamat hari lahir Amar yg ke-7.

Thursday

Bunga api...

Selepas penat seharian,dari kampung di Selama ke rumah Yong di Kuala Kangsar,terus ke rumah Kak Dah,bersambung ke rumah Nyah Wan dan akhirnya baru dapat balik ke Tambun.Apa lagi malam tu geng bebudak semuanya main bunga api yang telah disponsor oleh Ayah Lang (Wan Ismail).

Jamuan Raya 2

Selepas beraya di rumah Kak Dah,kitorang ke rumah Nyah Wan pula di Tanjung Rambutan bagi menghadiri rumah terbuka beliau khas untuk sedara dari Tambun.

Jamuan Raya.

25/9/09- Raya yang ke-6,Kak Dah buat rumah terbuka khusus untuk sedara dari Tambun.

Selamat Hari Raya 3

Jamuan hari raya di rumah Mak Da.Nasi ayam di pagi raya...power beb!...

Selamat Hari Raya 2

Gambar bersama keluarga Yong Azizah.

Selamat Hari Raya

20/9/09-Hari Raya Aidilfitri.Kali ni beraya di Batu 5 Tambun,Ipoh.Suasana tahun ni agak muram kerana 'ketiadaan' Yob Mahir yang telah pulang ke rahmatullah seminggu sebelum puasa.Tahun ni kitorang beraya dengan kehadiran Nur Khairina.

Monday

Selamat Hari Lahir...

Pada 1/9/09 yang lalu genaplah usia umi yg ke-34.Selamat hari lahir kami semua ucapkan.Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki.Sambutan kali ini secara sederhana sahaja,memandangkan ianya jatuh pada bulan ramadhan.Kali ini kitorang sambut di Rimbun Cafe di Dengkil,milik Pn.Zaida & suami (member sekerja).Menu utama ikan siakap 3 rasa.
Ikhlas dr: Abah,amar,Irham & Rina.

Wednesday

Kuala Kangsar.

Pada 29/8/09 semasa dalam perjalanan untuk balik ke Ipoh,kitorang sempat singgah di Masjid Ubudiah,Kuala Kangsar.Masjid Ubudiah merupakan antara masjid yang tercantik di Malaysia.

Konvo Alifah.

Pada 11/8/09 telah berlangsung majlis konvokesyen UPM yang ke-33.Kali ini giliran Alifah pula naik ke atas pentas menerima ijazah Sarjana Muda Bahasa & Linguistik Melayu.
p/s: Tahniah dari kami semua.

Tuesday

Khairina 6 bulan.

Nur Khairina sekarang dah berumur 6 bulan.Alhamdulillah, perkembangannya agak baik.Sekarang dah mula mengeluarkan bunyi-bunyi asas di bibirnya.Gambar ini diambil masa cuti penggal persekolahan yg baru berlalu di bagan Baharu,Selama Perak.

Wednesday

Rumah di Chemor Ipoh.

Baru ni sewaktu balik kampung di Selama Perak untuk melawat mak dan ayah sakit,kitorang sempat melawat rumah di Chemor.Hampir 90% telah pun siap,cuma pintu dan beberapa cermin tingkap masih belum dipasang,yang lainnya semuanya dah pun siap.Inilah dia gambar dari depan rumah yg hampir nak siap.Kalau mengikut perjanjian hujung tahun ini dapatlah kuncinya,InsyaAllah.

Sunday

Khairina 4 bulan.

Alhamdulillah,pada 28/3/09 Khairina dah mula dapat meniarap.Lepas ni pantang letak atas tilam je,mesti nak meniarap.

Tuesday

Pesta Belon Panas Antarabangsa,Putrajaya.

Lebih kurang pukul 5:30 ptg,kitorang pergi lagi ke tapak Pesta Belon Panas,dan kali ini dapatlah kitorang lihat sepuas-puasnya belon-belon panas dari beberapa buah negara dgn pelbagai warna dan corak.Daripada proses mengembangkan belon,terbang naik dan seterusnya terbang ke arah Masjid Putra.Memang puas dan best sekali melihatnya dan yang pastinya ia adalah julung-julung kali di adakan di Malaysia.

Rombongan Yong-Yob ke Putrajaya.

Pada 21/3 yg lepas keluarga dari Ipoh telah bermalam di rumah kitorang di Putrajaya.Tujuan utama ke Putrajaya adalah untuk melihat Pesta Belon Panas Antarabangsa disamping makan angin "cuti-cuti Malaysia".

Taman Tasik,Taiping.

Masa kitorang nak balik ke Ipoh dari Selama Perak,sempat lagi singgah di Taman Tasik Taiping.Tempatnya masih lagi seperti di zaman aku kanak-kanak dahulu,cuma terdapat beberapa tempat yg telah dinaik taraf. Suasananya memang mendamaikan.

Genap 3 bulan.

Alhamdulillah,pada 18/2 yang lalu genaplah usia Khairina 3 bulan.Perkembangannya yang terkini,Khairina dah mula belajar mengering.


Sunday

Kolam Presint 9,Putrajaya.

Sempena cuti sekolah,Abg.Mail,Kak Yati bersama
dengan anak-anaknya telah mengambil kesempatan datang ke Putrajaya.Antara aktiviti yang dilakukan ialah mandi kolam di Presint 9.Punya la seronok budak-budak,hampir satu jam baru rasa nak balik itu pun sebab dah sejuk badan.Lepas mandi terus makan tengahari di Food Court sebelah kolam,pekena nasik lemak dan nasi ayam.Lepas makan balik rumah terus tidur.

Aktiviti di hujung minggu.


Inilah dia aktiviti keluarga di hujung minggu.Kali ni kitorang mandi di kolam Presint 16 (Dewan Kejiranan Presint 16).Biasanya kalau tak mandi di Presint 16,kitorang akan mandi di kolam Presint 9.Presint 16 ni,kolam untuk budak-budak kecil je setakat pinggang Amar.Di Presint 9,agak dalam dan lebih besar serta luas.Kedua-dua kolam di Putrajaya,free je tak payah bayar. Lepas mandi,terus kitorang pergi makan di kedai makan yang berhampiran dengan kolam.
p/s: Di Putrajaya sungai takde,so terpaksa la mandi kolam.

Tuesday

Hari pertama persekolahan.

Pada 5/1/09 merupakan hari pertama persekolahan bagi Amar.Jam 5:45 pagi dah siap bangun.6.30 pagi dah siap semuanya,Irham juga tak ketinggalan,hari tersebut dia bangun awal pula,selalunya dia bangun paling lambat.Nak ikut Amar ke sekolah katanya ( siap pakai baju sekolah Pra dan seluar sekolah darjah 1 Amar ).Akhirnya pagi tersebut terpaksa la Uminya membawa mereka 3 orang termasuk Khairina ke sekolah bagi menemani Amar.
p/s: Amar seronok sangat dapat belajar di tahun 1.Irham juga tak habis-habis bercerita seronoknya dapat pergi ke sekolah Amar.

Friday

Selamat Tahun Baru 2009.


Selamat menyambut tahun baru 2009.Semoga dengan kedatangan tahun baru ini akan menjadikan kita semua lebih bersedia untuk menempuhi cabaran yang semakin mencabar.
p/s : Nur Khairina sudah mula belajar 'senyum'.

Amar dah nak masuk Tahun 1.

Pada 30/12/08 yang lalu telah berlangsung majlis suai kenal/pendaftaran pelajar Tahun 1 dan Prasekolah SK.Putrajaya 8(1) bagi sesi 2009.Amar telah terlibat di dalam program ini yang telah bermula dari jam 8:30 pagi sehingga 10:30 pagi.Program ini sebenarnya untuk mendekatkan lagi pelajar-pelajar dengan dunia persekolah yang sebenar,dan yang paling penting apabila bermulanya sesi persekolahan pada 5/1/09,semuanya berjalan seperti biasa,tiada lagi kedengaran pelajar menangis dan pelajar yang tidak mahu masuk ke kelas.Bagi Amar tiada masalah,ini kerana semasa Prasekolah Amar memang belajar di sekolah ini.
p/s: Tak sangka betul,dah nak masuk Tahun 1 rupanya Amar!.

IKLAN.

Bengkel mengecat kereta-WZ 2K SPRAY PAINTING.

.

Bengkel mengecat kereta.

Pihak kami menawarkan harga yang berpatutan.Jika berminat sila hubungi En.Wan Mohd Zamani ( 019-4802774 ) yg beralamat :
426 KG.TERSUSUN BATU 5 TAMBUN,34100 IPOH PERAK.

Pakej gambar perkahwinan.

Sesi Fotografi Majlis Perkahwinan.

Jika berminat sila hubungi :

Zon Tengah.(Ipoh).-fotografi sahaja.

En.Abd.Manap ( 013-4388638 )

Untuk maklumat lanjut sila klik:
http://manaphotography2u.blogspot.com